“Hina Islam corak retorik, tindakan anti-Islam parti pemerintah India”

‘Hina Islam corak retorik, tindakan anti-Islam parti pemerintah India’

NIK NAZMI NIK AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan kenyataan menghina oleh dua pegawai kanan Parti Bharatiya Janata (BJP) sebagai satu tindakan bercorak retorik dan anti-Islam oleh pihak parti yang memerintah India itu. 

Justeru, Ketua Setiausaha Pengelola PKR itu yakin semua rakyat di negara ini tanpa mengira kepercayaan akan mendapati serangan dua pegawai BJP itu melampau dan tidak boleh diterima. 

“Walaupun kedua-dua individu itu telah digantung kerja atau dibuang, tingkah laku mereka boleh dikatakan sebahagian daripada corak retorik dan tindakan anti-Islam di pihak BJP. 

“Parti itu boleh mengeluarkan pelbagai kenyataan yang mengatakan mereka peduli tentang semangat ‘menghormati’ semua agama. Dunia tetap dapat melihat rekod kerajaan BJP yang telah menjadi bencana mutlak bagi kemajmukan India dan reputasinya sebagai sebuah negara harmoni pelbagai agama. 

“Ini termasuk tindakan kontroversi Akta Kewarganegaraan (Pindaan) dan pembatalan kedudukan khas Jammu dan Kashmir serta penindasan mengerikan warga di sana,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Sehubungan itu, Nik Nazmi menggesa India menyedari tindakan dan kata-kata pemimpin mereka yang mempunyai impak jauh melangkaui sempadan mereka. 

“Sikap berhati-hati dan pemikiran yang waras mestilah dipeganf jika mereka mahu terus dianggap negara yang bertanggungjawab,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN