Bulan Taksir Zakat bantu pembayar fahami taksiran tepat

Bulan Taksir Zakat bantu pembayar fahami taksiran tepat

SYED Anwar Jamalullail (empat dari kiri) dan Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini (dua dari kiri) bergambar pada Majlis Pelancaran Bulan Taksir Zakat LZS di Shah Alam, Selangor. - FOTO/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Umat Islam di negeri ini diseru memahami lebih jelas tentang kewajiban menunaikan zakat dan mengetahui sendiri kaedah taksiran bagi mengira sendiri jumlah yang perlu dilunaskan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini, pembayar zakat kini boleh membuat taksiran sendiri menerusi laman sesawang jom.zakatselangor.com.my bagi mengenalpasti jumlah bayaran yang perlu ditunaikan.

“Pengguna hanya perlu mengisi maklumat diperlukan dan mendapatkan jumlah bayaran pelbagai zakat khususnya harta.

“Kita juga menjalankan kempen Bulan Taksir Zakat (BTZ) sebagai usaha untuk membantu pembayar zakat  memahami kaedah dan membuat taksiran dengan lebih tepat. Taksiran zakat tersebut bukan terhad kepada zakat harta tetapi zakat-zakat lain juga,” katanya selepas pelancaran BTZ oleh Pengerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS), Tan Sri Syed Anwar Jamalullail, semalam.

Beliau menambah, pelaksanaan kempen yang bermula pada 15 Jun hingga 31 Julai itu sebagai inisiatif untuk membudayakan taksiran zakat seiring dengan jumlah harta yang dimiliki supaya ibadah itu dilakukan dengan sempurna.

Dalam pada itu, jelas Mohd. Sabirin lagi, LZS turut memperkenalkan kaedah pembayaran zakat secara ansuran melalui perkhidmatan debit terus daripada akaun pembayar supaya tidak membebankan mereka.

“Pembayar perlu memasukkan maklumat diperlukan menerusi laman zakatselangor.com.my/directdebit dan seterusnya pembayar zakat boleh membuat bayaran zakat secara ansuran bulanan dan ia secara langsung tidak membebankan pembayar zakat

“Kemudahan terkini tersebut adalah hasil kerjasama antara LZS dengan Bank Islam Malaysia (BIMB) dan InfaqPay sebagai rakan sinergi,” jelasnya.

Tambahnya dengan pelaksanaan BTZ dan kaedah pembayaran zakat secara ansuran, LZS menyasarkan untuk mengutip zakat berjumlah RM1.05 bilion tahun ini.

Sementara itu, dalam perkembangan berlainan, beliau turut memaklumkan lebih RM42 juta bantuan diberikan termasuk kecemasan bencana alam sebanyak RM28 juta kepada mangsa banjir antara Disember 2021 hingga Jun 2022.

Selain bantuan kecemasan bencana alam, bantuan lain turut diberikan seperti baik pulih institusi seperti masjid dan surau (RM7.5 juta), keperluan asas rumah (RM4.17 juta) dan baik pulih rumah (RM2.44 juta), namun jumlah dana bantuan tersebut masih belum diaudit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.