ATM sertai Sambutan Ulang Tahun Ke-70 pemerintahan Ratu Elizabeth II

ATM dijemput sertai Sambutan Ulang Tahun Ke-70 pemerintahan Ratu Elizabeth II

ANGGOTA Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) yang menyertai perbarisan Sambutan Ulang Tahun Ke-70 sempena Pemerintahan Ratu Britain, Ratu Elizabeth II yang berlangsung di kota London, United Kingdom. - FACEBOOK HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijemput menyertai Sambutan Ulang Tahun Ke-70 sempena Pemerintahan Ratu Britain, Ratu Elizabeth II yang berlangsung di kota London, United Kingdom (UK).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) telah berlepas ke United Kingdom (UK) untuk menyertai detik peristiwa itu.

Hishammuddin dalam Facebooknya kemudian berkongsi video anggota ATM yang menyertai perbarisan itu apabila anggota terlibat mengibarkan bendera Jalur Gemilang ketika perbarisan berlangsung. 

“Ya, yang putih, seragam dan sederap tu perajurit Angkatan Tentera Malaysia kebanggaan kita! Dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD). Terbang jauh ke United Kingdom demi kibarkan Jalur Gemilang.

“Kerana prestij dan penghormatan, ATM dijemput sertai Sambutan Ulang Tahun Ke-70 Sempena Pemerintahan Her Majesty The Queen selaku Pemerintah Tertinggi United Kingdom,” katanya.

Kontinjen daripada 1 RAMD itu terdiri daripada seorang pegawai dan 10 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) akan mewakili ATM bagi menyertai perbarisan tersebut. 

Menurut Batalion 1 RAMD, penyertaan itu sejajar dengan Tonggak Keempat Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Pengukuhan Hubungan Pertahanan.

Britain meraikan sambutan ulang tahun ke-70 pemerintahan Ratu Elizabeth II sekali gus menjadi raja paling lama berada di atas takhta di UK.

Ratu Elizabeth II semalam menutup tirai sambutan Jubli Platinum bersejarah dengan membuat satu lagi penampilan umum pada hari keempat yang juga hari terakhir perayaan dan berikrar mengekalkan pemerintahannya yang memecahkan rekod.

Baginda yang berusia 96 tahun dilihat muncul di khalayak umum pada Khamis lalu di balkoni Istana Buckingham selepas perarakan tentera ‘Trooping the Color’. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN