PETALING JAYA: Tidak sampai satu peratus atau hanya 2,641 daripada 510,186 yang berikrar sebagai penderma organ menunaikan janji mereka sejak 1997 hingga April 2022. Statistik Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC) menyebut hanya 2,641 pembedahan pemindahan organ dilakukan sejak tempoh itu, termasuk 1,752 pemindahan buah pinggang daripada penderma hidup dan 651 daripada penderma selepas meninggal dunia (kadaverik). Sedangkan pada masa yang sama, 49,111 pesakit buah pinggang tahap lima masih menunggu organ…










