7 juta ahli Angkasa, sejuta ahli Nafas gabung idea dan tenaga selesai bekalan ayam

7 juta ahli Angkasa, sejuta ahli Nafas gabung idea dan tenaga selesai bekalan ayam

ABDUL FATTAH Abdullah (tengah) bersama Yang Dipertua Majlis Daerah Jerantut, Khairun Nissa Aris (kiri) pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Kakitangan Majlis Daerah Jerantut Berhad (Komada) di Jerantut, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Kira-kira tujuh juta ahli Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dan sejuta ahli Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) bergabung tenaga serta idea bagi memastikan bekalan ayam negara sentiasa mencukupi di pasaran. 

Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, tindakan proaktif ini berikutan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya Angkasa menjadi peneraju kepada gerakan pengeluaran bahan makanan negara termasuk ayam segar.

“Angkasa sedia menjadi peneraju dan bekerjasama dengan Nafas bagi meneroka industri ternakan ayam secara besar-besaran untuk bekalan tempatan.

“Terima kasih Perdana Menteri kerana menggunakan sektor koperasi yang membabitkan Angkasa dan Nafas bagi turut sama membangunkan ekonomi negara selain sektor awam dan swasta,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Kakitangan Majlis Daerah Jerantut Berhad (Komada) di Dewan Utama Majlis Daerah Jerantut di sini. 

Abdul Fattah berkata, Angkasa dan Nafas akan terlibat dalam ekosistem industri ayam bermula daripada anak ayam, makanan ternakan, vaksin, reban, pusat pemprosesan, bilik sejuk beku, logistik, pusat pengedaran dan pemasaran sehingga bekalan sampai kepada pengguna.

Tegasnya, gerakan koperasi akan menggunakan sumber dalaman sedia ada yang terlibat dalam industri ayam termasuk bekalan makanan jagung sekali gus mengurangkan kebergantungan makanan import.

Beliau berkata, Angkasa mengenal pasti kawasan seluas 4,000 hektar untuk tanaman jagung dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

“Setiap hektar mampu mengeluarkan lima tan metrik jagung bijirin dan menampung sebanyak 20 peratus daripada keperluan import jagung bijirin dalam tempoh lima tahun ini,” katanya.

Tambah beliau, Angkasa mengenal pasti 3,000 outlet, 10,000 masjid dan surau sebagai pemborong untuk membekalkan ayam segar kepada lebih 17 juta komuniti Islam di negara ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya