Warga emas maut digilis lori - Utusan Malaysia

Warga emas maut digilis lori

KEADAAN kemalangan yang berlaku Jalan Persiaran Senawang 1, Seremban yang menyebabkan seorang penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis lori sejauh lebih kurang 10 meter dalam nahas di Jalan Persiaran Senawang 1, di sini kira-kira pukul 12.40 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, mangsa seorang lelaki berusia 80 tahun, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

“Hasil siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika sebuah lori jenis Hohan dipandu seorang lelaki berusia 68 tahun bergerak terus di lorong kiri dari arah Puspakom Senawang menuju ke arah Sepang seorang diri.

“Apabila tiba di lokasi kejadian berbentuk simpang empat lampu isyarat, datang sebuah motosikal  jenis Yamaha yang ditunggang mangsa dipercayai cuba memotong lori tersebut di sebelah kiri.

“Namun, motosikal itu bergesel lalu terjatuh di atas jalan raya. Pelanggaran tersebut menyebabkan penunggang yang jatuh di atas jalan raya digilis oleh lori terbabit sejauh lebih kurang 10 meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Nanda, mangsa yang maut dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini bagi tujuan bedah siasat manakala pemandu lori pula tidak mengalami kecederaan.

Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya