UUM nafi bakal naikkan yuran pelajar

UUM nafi bakal naikkan yuran pelajar

UUM mengekalkan akreditasi berprestij daripada AACSB bagi tempoh lima tahun lagi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINTOK: Universiti Utara Malaysia (UUM) menafikan akan berlaku kenaikan yuran perkhidmatan bagi penuntut sarjana muda sehingga 30 peratus.

Naib Canselornya, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, kenyataan yang disiarkan dalam ruangan Forum Utusan Malaysia hari ini adalah tidak benar.

“Malahan, perkara tersebut tidak pernah dibincangkan di peringkat pengurusan tertinggi universiti atau di mana-mana peringkat pengurusan UUM.

“Sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan UUM sentiasa mengutamakan kebajikan pelajar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, UUM mendukung penuh aspirasi KPT Prihatin yang dibawa oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

“Usaha ini dapat dilihat menerusi komitmen berterusan UUM di mana kini usaha bersepadu untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan di inapan-inapan siswa dan seluruh kampus giat dijalankan tanpa melibatkan sebarang kenaikan yuran perkhidmatan yang perlu dibayar oleh pelajar.

“Sehubungan itu, pihak universiti memohon semua pelajar supaya bertenang dan tidak mempercayai maklumat itu,” katanya.

Akhbar Utusan Malaysia dalam ruangan Forum hari ini menyiarkan surat pembaca yang menggunakan nama pena, Pelajar Yang Terkesan Universiti Utara Malaysia dengan mendakwa pengurusan universiti merancang untuk menaikkan yuran perkhidmatan pelajar sarjana muda sehingga 30 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya