Trend solat kipas boleh dilapor pejabat agama

Trend solat kipas boleh dilapor pejabat agama

IDRIS AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Trend menjadikan kipas sebagai makmum ketika bersolat adalah tindakan mengarut dan pelik yang mana perbuatan itu boleh dilaporkan kepada pejabat agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, trend yang menjadi ikutan anak muda itu tidak sepatutnya berlaku.

Katanya, orang ramai diminta melaporkan kepada pejabat agama negeri masing-masing sekiranya mengetahui perbuatan itu dilakukan.

“Janganlah ambil ilmu yang ditiru daripada Youtube dan mana-mana sumber yang tidak diketahui. Perkara yang mengarut dan pelik ini diminta supaya laporkan kepada pejabat agama supaya boleh diambil tindakan.

“Saya nasihatkan kepada anak muda supaya mendapatkan ilmu agama dengan mencari guru yang boleh mengajar dengan betul seperti melalui kuliah di masjid, surau dan sebagainya,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Pusat di  Stadium Indera Mulia, di sini hari ini.

Beliau mengulas tular trend dalam media sosia individu menunaikan solat fardu diimamkan atau dimakmumkan oleh alatan elektronik berupa kipas yang dipakaikan telekung atau baju Melayu. 

Tindakan dikatakan mahu merasai bagaimana solat bersama pasangan seperti suami isteri.

Sementara itu, mengenai dakwaan berlaku penipuan Islamik yang menggunakan imej agama dan bergelar ustaz untuk memperdaya masyarakat dengan tawaran ibadat, produk dan siasah yang sebenarnya bertujuan kepentingan peribadi, Idris berkata, ia sebagai perbuatan zalim.

Katanya, mereka yang terlibat diminta tidak mengambil kesempatan terutama soal ibadat.

“Perbuatan mereka menzalimi orang yang terkena dengan perbuatan mereka. Pihak yang terkena diharapkan membuat laporan polis supaya pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya