Treler bawa dokumen PNMB terbabas, pemandu maut - Utusan Malaysia

Treler bawa dokumen PNMB terbabas, pemandu maut

KEADAAN treler yang terbabas sehingga mengakibatkan pemandu maut manakala polis pengiring cedera di Jalan Duta pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemandu treler membawa muatan dokumen keselamatan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) maut manakala polis pengiring cedera dalam kemalangan di Jalan Duta dekat sini pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 10.20 pagi itu, lelaki berusia 47 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, siasatan awal mendapati treler dari arah pusat bandar menghala Plaza Tol Jalan Duta dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas merempuh tembok batu lalu terbalik.

Menurut beliau, akibat kejadian itu, seorang anggota polis yang mengiring lori treler berkenaan turut cedera.

“Anggota tersebut mengalami kecederaan retak bahu kanan serta pergelangan kaki kiri dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan dan mayat pemandu treler turut dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat.

“Kerja pengalihan kontena treler dijalankan di lokasi sebelum selesai pada pukul 4 petang dan laluan dibuka sepenuhnya kepada kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya