Tarik lebih ramai pelabur dari Jepun

Usahawan Jepun komited untuk bawa lebih banyak pelaburan ke Malaysia

ISMAIL Sabri Yaakob bertemu Tsuyoshi Nagano di Jepun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (JAMECA) menyatakan komitmen untuk membantu menarik lebih ramai pelabur dari Jepun ke negara ini bagi merancakkan kembali ekonomi negara.

Perkara itu dinyatakan dalam pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Presiden JAMECA, Tsuyoshi Nagano yang juga Pengerusi Tokyo Marine Holdings Inc. dan Setiausaha Agung Persatuan Kazuto Sasaki pagi ini, di Tokyo.

Perdana Menteri berkata, usaha ini sekali gus dapat membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini.

“Dalam pertemuan itu, JAMECA turut menyatakan hasrat untuk mengadakan Seminar Dasar Pandang ke Timur pada 1 Ogos nanti. 

“JAMECA ditubuhkan secara rasmi pada 1977 di Kuala Lumpur dengan tujuan mempromosikan keharmonian hubungan ekonomi antara Malaysia dan Jepun,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook beliau hari ini.

Perdana Menteri kini mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jepun sehingga 28 Mei sebagai satu kepentingan hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun.

Ismail Sabri berkata, Dasar Pandang ke Timur yang dimulakan 40 tahun lalu menjadikan Malaysia antara destinasi pelaburan yang strategik bagi syarikat terutamanya dari negara matahari terbit, sekali gus menjadi penyumbang kemajuan pelbagai sektor di negara ini.

Beliau memberitahu, dalam tempoh tiga bulan iaitu dari Januari hingga Mac tahun ini, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Jepun meningkat sebanyak 13.3 peratus dengan RM41.75 bilion (AS$9.96 billion) berbanding RM36.86 (AS$9.07 bilion) dalam tempoh sama pada tahun 2021. 

“Pada tempoh berkenaan, jumlah eksport Malaysia ke Jepun juga meningkat  sebanyak 19.6 peratus iaitu RM22.68 bilion (AS$5.41 bilion) berbanding RM18.96 (AS$4.66 bilion) dalam tempoh sama pada 2021,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya