Tanah bina lapangan terbang masih boleh diselamatkan

Tanah bina lapangan terbang masih boleh diselamatkan

HAMIDAH Osman menunjukkan dokumen tanah pembinaan lapangan terbang di Perak Tengah hasil carian persendirian di PTG Perak dalam sidang akhbar di Ipoh hari ini. - FOTO/SAYED HESHAM IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan negeri masih boleh mengekalkan tanah untuk membina lapangan terbang Seri Iskandar di Perak Tengah yang sebelum ini dikatakan telah dijual.

Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Hamidah Osman berkata, kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk mengekalkan tanah tersebut berdasarkan sekatan kepentingan yang terdapat geran tanah tersebut.

Menurutnya, sebagai usaha untuk menghalang sebarang pembangunan di tanah itu, beliau telah membuat permohonan kaveat secara peribadi ke atas tanah berkenaan.

Katanya, permohonan kaveat yang dibuatnya itu telah pun diterima oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak.  

“Saya membuat kaveat secara peribadi ke atas tanah tersebut bagi menghalang sebarang pembangunan ke atas tanah tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Hamidah berkata, kerajaan negeri perlu mengekalkan tanah tersebut bagi tujuan pembinaan lapangan terbang di kawasan itu kerana pembangunan itu memberi manfaat kepada rakyat setempat.

Katanya, kerajaan negeri boleh membatalkan keputusan menjual tanah tersebut. 

“Kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Saarani Mohamad masih ada kuasa dan ruang untuk mempertahankan jika betul-betul berminat nak bina lapangan terbang. 

“Jika nak batalkan perjanjian jual beli, kerajaan boleh pulangkan bayaran balik, jika berkehendak,” katanya.

Sebelum ini, Hamidah mendakwa, tanah untuk pembinaan lapangan terbang antarabangsa Seri Iskandar di Perak Tengah yang dikatakan sudah bertukar milik, sebenarnya masih belum dijual.

Menurutnya, tanah yang dikatakan telah dijual tanpa kebenaran kerajaan negeri sebenarnya masih milik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

Beliau berkata, perkara itu ditemukan beliau melalui dokumen hasil carian persendirian di PTG.

Katanya, tanah yang dimaksudkan itu ialah seluas 1,224.869 ekar dan carian mendapati memang ada surat perjanjian untuk menjual tanah itu di antara sebuah syarikat dengan PNKP. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN