SPRM dedah wujud penyelewengan perolehan perkhidmatan kesihatan 

SPRM dedah wujud penyelewengan perolehan perkhidmatan kesihatan 

AZAM Baki berucap pada Forum Anti Rasuah Malaysia Kali Ke-3 2022 di Putrajaya. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan wujudnya aktiviti penyelewengan rasuah membabitkan perolehan perkhidmatan kesihatan. 

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, perkara itu tidak dihebahkan kepada umum, namun pihaknya telah melakukan siasatan lanjut mengenainya. 

Beliau berkata, siasatan yang dilakukan antaranya membabitkan salah guna kuasa dalam agihan bantuan dan pakej rangsangan ekonomi. 

“Siasatan turut dilakukan membabitkan penipuan berkaitan peralatan perlindungan perubatan yang dipalsukan (topeng muka, sarung tangan dan lain-lain) dari segi kuantiti dan kualiti peralatan perubatan yang lebih rendah.

“Kami turut menyiasat aktiviti rasuah membabitkan pegawai penguat kuasa dalam barisan pasukan penguat kuasa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada pada Forum Antirasuah Malaysia ke-3 (MACF), di sini hari ini. 

Katanya, ia sesuatu yang menyedihkan kerana dalam keadaan kecemasan dan pandemik masih ada perolehan dan pembelian peralatan perubatan yang terpalit dengan rasuah. 

Azam berkata, ia menunjukkan ada segelintir orang yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mendapatkan wang haram daripada kesakitan dan penderitaan orang lain. 

“Saya ingin memberi jaminan bahawa anggota penguatkuasa SPRM terus bekerja sepanjang masa bagi memastikannya rasuah disemak dengan baik di negara ini,” katanya. 

Katanya, Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM telah melaksanakan dua kertas nasihat untuk mengkaji sebarang percanggahan dalam sistem perolehan kecemasan yang berkaitan dengan langkah pencegahan Covid-19.

Jelasnya lagi, kajian itu membabitkan prosedur dan dasar membabitkan peruntukan perkhidmatan perubatan dan peralatan perlindungan, topeng muka, sarung tangan dan ventilator merentasi sektor awam di seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya