Sofea bangkit dari jadi mangsa body shaming - Utusan Malaysia

Sofea bangkit dari jadi mangsa body shaming

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Fizikal diri Sofea, 25, dianggap berat ‘terlebih muatan’ seringkali dijadikan modal kecaman dan bahan ejekan mereka yang memerhatinya dengan pandangan sebelah mata.

Lebih menyedihkan, fizikal Sofea atau nama penuhnya, Nurhidayah Ismail yang bergelar suri rumah ini juga pernah disamakan dengan tayar lori selepas empat bulan melahirkan anaknya.

Berat badan Sofea melebihi 79 kilogram ketika itu. Malah pada satu tahap, dia mengakui hampir membuat keputusan bodoh untuk membunuh diri kerana teruk berdepan dengan isu ‘body shaming’ atau perbuatan mengejek fizikal seseorang di media sosial.

“Saya sampai tahap nak tengok diri sendiri depan cermin pun tak sanggup. Saya dibandingkan dengan mereka yang mulut ibarat tak ada ‘insurans’. Malah yang mengejek fizikal saya pun ada di kalangan teman rapat.

“Sekali dua diejek, mungkin saya boleh tebalkan muka dan tahan malu. Tapi apabila banyak kali diulang ejekan sama, ia terngiang-ngiang. Lebih kronik di depan orang ramai, saya sampai takut nak keluar rumah.

“Nak pandang muka orang pun jadi segan. Saya banyak habiskan masa meraung dan menangis di rumah. Suami ajak beli baju pun, saya menolak kerana takut saiz baju tak ada,” katanya.

Berat Sofea asalnya hanya 57 kilogram (kg) sebelum hamil. Selepas berpantang, berat badannya mula membesar dengan mendadak.

“Satu tahap saya cuba bersenam dan berpuasa, tapi tak menjadi. Berat badan tetap naik mendadak. Saya putus asa.

“Saya cuba diet makan buah dan sayur. Hendak dijadikan cerita, saya ke farmasi dan memberanikan diri mencuba nasib dengan amalkan minuman kesihatan, Nuetraa Fiber D+.

“Tak sangka, percubaan amalan minuman itu buat saya berjaya turun ke angka 75.8 kg dalam masa dua minggu. Kemudian selepas enam minggu seterusnya, berat badan semakin menurun.Tapi saya jaga waktu makan, kurangkan garam dan gula juga. Saya sekarang dah pakai saiz baju L. Dulu 2XL,”akuinya.

Sementara itu, menurut pengasas jenama berkenaan, Siti Nazurah Mohd Nasir, produk yang dihasilkan bersama Datuk Dr Raja itu merupakan satu usaha mereka dalam mengembalikan keceriaan individu yang mungkin berdepan dengan masalah kurang keyakinan diri.

Kata Siti Nazurah, jenama itu membantu melindungi sel daripada pendedahan toksin harian sambil membaik pulih usus dan hati.

“Ia produk pertama seumpamanya dikilangkan di Malaysia dan diformulasi di Kanada.Ramai wanita mahupun lelaki berdepan masalah sama seperti Sofea.

“Produk ini berdaftar dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dibawah kategori makanan yg diselia oleh Akta Makanan 1983 dan ianya mempunyai sijil Halal.Ia menjimatkan ribuan ringgit kos rawatan penyakit berpunca daripada keradangan sel dan usus,”katanya.

Sementara itu, Datuk Dr Raja berkata, produk berkenaan disasarkan untuk mereka berusia dari 25 hingga 55 tahun ke atas.

“Kajian terhadap kebaikan dan manfaat prebiotik, milk thistle dan akar dandelion yang amat baik untuk penjagaan hati dan usus. Ia bukan sahaja membantu menyokong kesihatan hati dan usus malah turut mengandungi manfaat lain.

“Ia juga sesuai untuk wanita hamil selepas fasa tiga bulan kehamilan, pesakit kanser, darah tinggi dan diabetes pun boleh minum. Kecuali pesakit yang sedang menjalani dialisis,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.