Sambutan Aidilfitri di atas bot persiaran  - Utusan Malaysia

Sambutan Aidilfitri di atas bot persiaran 

SEBAHAGIAN daripada pengamal media dan keluarga yang menyertai sambutan Hari Raya Aidilfitri di atas bot persiaran Seasation di Langkawi, semalam. - UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Seramai 60 orang pengamal media di Kedah dan keluarga diraikan dalam sambutan Aidilfitri di atas bot persiaran Tropical Charters Langkawi (TCL) di sini, semalam.

Pelayaran yang mengambil masa selama tiga jam itu bermula pada pukul 5 petang dari Porto Malai, di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif TCL, Datuk Alexander Issac berkata, program tersebut diadakan bagi memberi peluang kepada pengamal media dan keluarga masing-masing berlayar dengan menaiki bot persiaran mewah ini.

Menurutnya, mereka juga dapat menikmati pemandangan matahari terbenam sambil makan malam di atas bot persiaran tersebut.

“TLC yang mempunyai tujuh bot persiaran di Langkawi yang menawarkan pakej menarik ‘sunset dinner cruise’ kepada pelancong tempatan dan luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sambutan Hari Raya Aidilfitri di atas bot persiaran Seasation di sini, semalam.

Antara pakej lain yang ditawarkan TLC ialah pakej perkahwinan dan pakej pertemuan semula yang boleh dilakukan di atas bot persiaran Seasation yang boleh menampung sehingga 60 orang.

Beliau memberitahu, program tersebut merupakan salah satu acara dalam usaha pihaknya menzahirkan rasa terima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh pengamal media di Kedah membantu mempromosikan industri pelancongan di Langkawi.

“Selepas pelancongan dibuka semula, media telah membantu memberikan liputan yang baik yang turut membantu pengusaha industri pelancongan di pulau ini,” jelasnya.

Selain itu, menurutnya, TLC kini memberi tumpuan lebih kepada pelancong tempatan bagi mengembalikan semula kegemilangan industri pelancongan di Langkawi selepas pandemik Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya