Remaja lelaki lemas mandi sungai

Remaja lelaki lemas mandi sungai

MAYAT remaja lelaki lemas ditemukan di Sungai Kembung, Pulau Indah di Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Keseronokan tiga remaja lelaki bermandi manda di Sungai Kembung, Pulau Indah di sini, berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas hari ini.

Mayat mangsa berusia 14 tahun yang dipercayai tidak pandai berenang itu ditemukan di sekitar sungai tersebut, kira-kira pukul 4 petang ini.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya  ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 1.26 petang.

Katanya, siasatan mendapati mangsa mandi di tebing sungai itu bersama dua rakannya berusia 10 dan 15 tahun.

“Mereka kemudian dipercayai hanyut dibawa arus berdekatan Jeti Nelayan Sungai Kembung dengan kedalaman air kira-kira tiga meter. Dua daripada remaja itu masing-masing diselamatkan orang awam dan berenang ke tebing manakala mangsa mangsa lemas di lokasi tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 Jelas Norazam, gerakan operasi mencari mangsa dijalankan sepasukan 16 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang.

 “Operasi yang turut disertai Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Selangor itu menemukan mangsa pukul 4 petang. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN