Pemandu potong barisan secara bahaya disaman - Utusan Malaysia

Pemandu potong barisan secara bahaya disaman

TANGKAP layar pemandu kereta jenis Toyota Alphard yang memotong secara berbahaya di Jalan Sultan Nazrin Shah di Ipoh, Selasa lalu. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tindakan seorang pemandu lelaki memotong barisan secara berbahaya di Jalan Sultan Nazrin Shah di sini, membawa padah apabila dikenakan saman oleh pihak polis.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya mengesan video tular memaparkan pemanduan sebuah kereta jenis Toyota Alphard yang melakukan kesalahan tersebut semalam.

Katanya, hasil siasatan polis berjaya mengesan pemandu kenderaan itu di Gunung Rapat di mana suspek mengakui melakukan kesalahan tersebut pada 11.44 pagi, Selasa lalu.

“Saman dikeluarkan kepada pemandu terbabit mengikut Kaedah 6(1) Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 LN166/59 iaitu memotong kenderaan lain secara berbahaya,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi 33 saat memaparkan pemandu kereta tersebut memotong barisan secara berbahaya dengan pemandunya turut keluar dari kenderaan dengan lagak ‘samseng’.

Perkongsian itu membangkitkan pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu kereta itu yang boleh menyebabkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya