Op Selamat 18: 479 kemalangan direkodkan di Negeri Sembilan

Op Selamat 18: 479 kemalangan direkodkan di Negeri Sembilan

SHAFIE MUHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 479 kemalangan direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Selamat 18 yang dilaksanakan di Negeri Sembilan sejak 29 April lalu sehingga semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintenden Shafie Muhamad berkata, daripada jumlah tersebut, enam melibatkan kemalangan maut.

“Sepanjang tempoh enam hari Op Selamat 18 ini dilaksanakan, kemalangan yang berlaku dalam Negeri Sembilan telah menunjukkan penurunan jika dibandingkan dengan Op Selamat 15 pada 2019 iaitu sebanyak 500 kes. Ini menunjukkan penurunan sebanyak 21 kes.

“Jumlah kemalangan maut bagi Op Selamat 18 adalah sebanyak enam kes manakala bagi Op Selamat 15 adalah sebanyak lapan kes menunjukkan penurunan sebanyak dua kes. Bagi jumlah kematian, Op Selamat 18 adalah sebanyak tujuh kes berbanding Op Selamat 15 sebanyak sembilan kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun menurut Shafie, terdapat peningkatan dalam jumlah kemalangan yang berlaku di jalan Persekutuan dan jalan bandaran menunjukkan berbanding Op Selamat 15.

“Bagi jalan Persekutuan jumlah kemalangan adalah sebanyak 165 kes berbanding Op Selamat 15 iaitu sebanyak 129 kes manakala bagi jalan bandaran pula jumlah kemalangan adalah sebanyak 132 kes berbanding Op Selamat 15 sebanyak 66 kes,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, sepanjang tempoh enam hari Op Selamat 18 di negeri ini, sebanyak 91 operasi telah dijalankan dengan sebanyak 5,127 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. 

Ujar beliau, sebanyak 28 tangkapan atas pelbagai kesalahan juga dilakukan dalam tempoh berkenaan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN