Jangkitan HMFD Sabah meningkat 111 peratus dalam dua minggu

Jangkitan HMFD Sabah meningkat 111 peratus dalam dua minggu

ROSE NANI MUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Sabah meningkat 111 peratus dalam tempoh dua minggu.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Rose Nani Mudin berkata, daripada 702 kes HFMD dilaporkan pada minggu epidemiologi ke-20 iaitu dari 15 hingga 21 Mei berbanding 333 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.

Beliau berkata, secara keseluruhan, kes HFMD yang dilaporkan di Sabah hingga minggu epidemiologi ke-20 adalah sebanyak 3,351 kes.

“Ini merupakan peningkatan yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan 63 kes yang dilaporkan dalam tempoh masa yang sama pada tahun lalu.

“Lima daerah yang melaporkan kes tertinggi ialah Tawau dengan 541 kes, Sandakan 451 kes, Lahad Datu 325 kes, Papar 309 kes dan Kota Belud 269 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, setakat ini tidak ada kes kematian yang disebabkan oleh HFMD dilaporkan di Sabah.

Secara keseluruhan, 93.2 peratus kes yang dilaporkan melibatkan kanak-kanak yang berumur enam tahun dan ke bawah. Transmisi jangkitan majoritinya berlaku di rumah persendirian atau pusat-pusat pendidikan awal.

Jelas beliau, antara aktiviti yang sedang dijalankan oleh pihak pejabat kesihatan daerah adalah mengadakan sesi Townhall bersama agensi berkaitan serta pengusaha-pengusaha pusat pendidikan awal.

Justeru, saringan setiap hari terhadap kanak-kanak sebelum masuk sama ada ke pusat pendidikan awal sebagai langkah pencegahan bagi mengelak penularan jangkitan HFMD.

Menjelang musim perayaan Pesta Kaamatan yang bakal tiba, orang awam dinasihatkan untuk terus melaksanakan tindakan pencegahan dengan mengelakkan daripada bersentuhan, amalkan kerap mencuci tangan dengan sabun dan menjaga kebersihan diri.

Jelas beliau, amalan ini bukan sahaja mengelakkan jangkitan HFMD malah jangkitan Covid-19.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya