SEREMBAN: Penternak lembu masih memerlukan bantuan kerajaan walaupun sudah memasuki fasa pertengahan kerana fasa itu dianggap penentu kepada kejayaan seseorang penternak, sekali gus memastikan matlamat membekalkan daging untuk pasaran tempatan terjamin dan mencukupi. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Persatuan Usahawan Ruminan Negeri Sembilan (PURNS), Maarif Maarof berkata, apa yang berlaku ialah penternak dibiarkan tanpa bantuan apabila memasuki fasa itu atas anggapan mereka sudah berjaya. “Selepas penternak dibantu pada peringkat permulaan…










