Gaji minimum: KUSKOP sambut baik pengecualian usahawan mikro

Gaji minimum: KUSKOP sambut baik pengecualian usahawan mikro

NOH Omar (dua dari kanan) melakukan gimik pelancaran Perpustakaan Maya di Sekolah Kebangsaan Sungai Burung, Tanjong Karang di Kuala Selangor, Selangor, hari ini. - FOTO/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyambut baik pengecualian pembayaran gaji minimum untuk usahawan mikro sehingga hujung tahun lalu.

Menurut menterinya, Tan Sri Noh Omar, pengecualian tersebut membolehkan usahawan terbabit benar-benar bersedia dari aspek kewangan untuk membayar gaji minimum RM1500.

“Apa pun dalam tempoh tersebut jika ada majikan yang mampu membayar gaji RM1500 kita alu-alukan.

“Kita memohon pengecualian gaji minimum untuk membantu usahawan-usahawan mikro yang terlibat dengan banjir dan masalah perniagaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dua tahun lalu,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Perpustakaan Maya dan merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sungai Guru hari ini.

Sebelum ini, penangguhan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 dilaporkan hanya melibatkan sektor perusahaan mikro kecil dan sederhana yang mempunyai pekerja kurang lima orang iaitu sehingga 31 Disember ini.

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim, semua sektor lain tidak terkecuali apatah lagi setelah Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022 itu diwartakan untuk pelaksanaan pada 1 Mei lepas.

Mengulas lanjut Noh menjelaskan, beliau berharap usahawan mikro segera bangkit kembali memandangkan sebanyak RM150 juta bantuan telah dihulurkan kepada golongan tersebut yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.

“Pada pengakhirannya saya percaya isu gaji minimum tidak menjadi isu lagi dalam kalangan usahawan mikro. Ini disebabkan usahawan tetap perlu mencari pekerja untuk perusahaan mereka dan sudah pasti gaji minimum RM1500 menjadi pilihan pekerja,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya