Bapa anak OKU perlu mesin jahit untuk sara hidup

Bapa anak OKU perlu mesin jahit untuk sara hidup

ANTARA mesin jahit milik Syd Mohd. Radzee Syd Abd. Rahim yang rosak akibat ditenggalami air banjir dalam kejadian banjir pada Disember tahun lalu. - UTUSAN/NORHAFIZAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Bapa kepada seorang anak orang kurang upaya (OKU) berharap mesin jahit yang rosak akibat ditenggalami banjir pada Disember tahun lalu dapat digantikan dengan yang baharu untuk digunakan bagi menyara kehidupannya sekeluarga.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Syed Mohd. Radzee Syed Abd. Rahim, 44, berkata, sejak sekitar lima bulan lalu, dia tidak dapat mengambil upah menjahit pakaian yang merupakan satu-satunya mata pencariannya.

Dia yang menetap di perumahan awam kos rendah (PAKR) Sungai Pandan, di sini, terpaksa bekerja dengan mengambil upah memotong pakaian di sebuah kedai jahit berhampiran dengan anggaran pendapatan sekitar RM1,500 hingga RM2,000 sebulan.

Tambahnya, pendapatan yang diperolehnya itu tidak cukup bagi menampung kos membaik pulih tiga buah mesin jahit miliknya yang baharu saja selesai dilunaskan bayaran pinjaman daripada Mara dua bulan sebelum kejadian banjir.

“Saya anggarkan minimum RM500 bagi setiap mesin jahit, itu belum kira tahap kerosakan sebab mesin ini ada papan litar berkomputer, jadi (kos) mungkin lebih daripada RM500,” katanya di sini semalam.

Syed Mohd. Radzee berkata, buat masa ini, pendapatannya hanya cukup untuk menyara dirinya sekeluarga tambahan pula memiliki anak yang mengidap penyakit cerebral palsy selain turut menyara ibunya yang strok.

Jelasnya, anak sulungnya, Syed Najwan Amir, 16, menghidap penyakit cerebral palsy sejak lahir kesan daripada komplikasi ketika melahirkannya.

Dia bagaimanapun mengakui isterinya, Azizah Husin, 53, banyak membantu menguruskan anak dan ibunya yang terlantar sakit.

Mereka yang berminat untuk membantu membaiki atau menyumbangkan mesin jahit kepada Syd Mohd. Radzee boleh menghubunginya di talian 013-8119714 untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya