AirAsia jamin akan tambah baik perkhidmatan namun keselamatan diutamakan - Utusan Malaysia

AirAsia jamin akan tambah baik perkhidmatan namun keselamatan diutamakan

BURSA Securities memberi tempoh lanjutan sehingga 17 Januari 2024 untuk AirAsia X Berhad serahkan pelan penyusunan semula syarikat itu. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Syarikat penerbangan tambah rendah tempatan, AirAsia memberi jaminan akan menambah baik dan memastikan perkhidmatan yang lebih berkualiti.

Demikian antara inti pati didedahkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menerusi ciapan akaun Twitter beliau hari ini hasil pertemuan bersama pengurusan tertinggi AirAsia yang diketuai Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Datuk Kamarudin Meranun.

“Mereka sedia tambah baik perkhidmatan namun menegaskan isu keselamatan tetap diutamakan,” ciap Alexander sebagai mengulas keputusan sesi pertemuan itu petang tadi.

AirAsia menjadi bahan kritikan ramai warganet terutama pelanggannya yang kecewa susulan penundaan jadual penerbangan ketika kemuncak tempoh musim perayaan awal bulan ini.

Ia ekoran lonjakan permintaan secara luar biasa untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri setelah kerajaan mengumumkan kelonggaran untuk rakyat merentas negeri bermula 1 April lepas.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, AirAsia sudah memberi penerangan secara teknikal dan justifikasi kepada rentetan isu kelewatan penerbangan baru-baru ini di seluruh negara.

AirAsia juga kata beliau, bersedia menyelesaikan segala aduan dibangkitkan para pelanggan mereka menerusi empat saluran yang akan disediakan syarikat itu sebagai pelan alternatif.

Menyentuh mengenai isu kredit atau pulangan wang ekoran penundaan atau pembatalan jadual, Alexander berkata, operator udara itu bukannya syarikat penerbangan global, AirAsia X.

“Sehubungan itu, pihak pengurusan AirAsia Berhad akan menawarkan polisi pulangan secara tunai tunai kepada penumpang yang terjejas tanpa sebarang isu berbangkit,” tambah beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya