Switzerland mara ke pusingan 16 terbaik

Switzerland mara ke pusingan 16 terbaik

PEMAIN Switzerland meraikan kejayaan mereka selepas berjaya mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VANCOUVER: Switzerland mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia selepas mencatat kemenangan meyakinkan 2-0 ke atas Algeria dalam aksi pusingan 32 Piala Dunia 2026 di Stadium BC Place, semalam.

Kemenangan tersebut bakal menyaksikan Switzerland menentang pemenang perlawanan antara Colombia dan Ghana pada aksi seterusnya.

Dalam aksi itu, Johan Manzambi menjadi watak penting apabila mencipta gol pembukaan hasil larian pantas di bahagian kiri sebelum melakukan hantaran lintang yang mudah disempurnakan Breel Embolo pada minit ke-10.

PEMAIN Algeria, Rafik Belghali (kiri) diasak pemain Switzerland, Noah Okafor ketika kedua-dua pasukan itu bertemu dalam aksi 32 Piala Dunia 2026 di Vancouver, semalam. – AFP

Gol kedua Switzerland hadir menerusi Dan Ndoye pada minit ke-46 selepas melepaskan rembatan deras menembusi kelompok pemain sebelum gagal ditampan kemas penjaga gol Algeria, Luca Zidane.

Kekalahan itu menyaksikan Algeria tersingkir dari saingan, sekali gus menyertai Ivory Coast, Congo dan Senegal yang turut gagal melepasi pusingan 32.

Setakat ini, hanya Maghribi menjadi wakil Afrika yang berjaya melangkah ke pusingan 16 terbaik kejohanan tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN