Abu Zahar bawa Jho Low jumpa saya - Mohd. Bakke - Utusan Malaysia

Abu Zahar bawa Jho Low jumpa saya – Mohd. Bakke

jho low
JHO LOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low dikatakan telah mengemukakan cadangan kerjasama dengan FGV Holdings Berhad (FGV) sekitar 2007.

Menurut bekas Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd. Bakke Salleh, ketika itu Jho Low dibawa untuk berjumpanya bagi membuat pembentangan mengenai tenaga boleh diperbaharui oleh bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Tambahnya, ketika pembentangan dibuat beliau tidak memberikan tumpuan penuh sebaliknya hanya fokus kepada Abu Zahar.

“Saya dengar pembentangan itu pun kerana Abu Zahar. Bagaimanapun kerjasama itu tidak diteruskan kerana terdapat beberapa syarat tidak dipenuhi,” katanya.

Pada awal prosiding, Mohd. Bakke memberitahu beliau telah menerima panggilan telefon daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kira-kira dua minggu sebelum dipanggil untuk memberi keterangan dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 2016.

Jelasnya, Najib memintanya untuk bertemu Pengerusi PAC ketika itu, Datuk Seri Hasan Arifin di rumah Pengarah Urusan TV3, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan.

Menurut Mohd. Bakke, ayat yang digunakan Najib ketika itu seolah-olah memintanya supaya tidak berkongsi apa-apa yang sensitif pada PAC dan wujudkan satu reputasi baik bagi 1MDB dan Najib.

“Saya kata okay tetapi saya juga beritahu, kerisauannya tidak akan jadi kenyataan sekiranya saya tidak dipanggil tetapi malangnya saya dipanggil.

“Saya kemudian pergi berjumpa Hasan Arifin dua kali. Kali pertama, ada Shahrol (bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi) manakala kali kedua ada Arul Kanda (bekas CEO 1MDB menggantikan Shahrol).

“Terdapat beberapa garis panduan diberikan semasa pertemuan itu. Jangan sebut apa-apa perkara yang sensitif, jangan kaitkan Najib dengan Jho Low. Nama Jho Low adalah satu taboo dan tidak boleh disebut.

“Saya dapat satu tanggapan bahawa Hasan dan Ahmad Farid sedang cuba untuk memberikan skrip yang perlu dinyatakan dalam mesyuarat PAC nanti,” katanya Mohd. Bakke.

Bagaimanapun, beliau merasakan sesuatu yang pelik apabila dipanggil memberi keterangan pada mesyuarat PAC, Shahrol Azral juga ada dalam bilik yang sama.

Perbicaraan yang didengar Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung petang ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya