60,000 merayu panggil haji 2022, penerbangan pertama jemaah 4 Jun

60,000 merayu panggil haji 2022, penerbangan pertama jemaah 4 Jun

SYED SALEH SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 60,000 orang yang merayu untuk melaksanakan ibadah haji musim 2022 dan mereka dijangka mengisi kekosongan 1,000 kekosongan kerana terdapat bakal jemaah terpaksa menolak panggilan disebabkan pelbagai faktor termasuk masalah kesihatan.

Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya tiada masalah untuk mengisi kekosongan itu berikutan setakat ini ada 60,000 rayuan.

“Bagi kekosongan, pemilihan didahulukan untuk rayuan mahram dan mereka yang dalam giliran untuk panggilan seterusnya,” katanya pada sidang media Operasi Haji Musim 1443H/2022M di Menara Tabung Haji, Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini dilaporkan lebih 1,000 bakal jemaah haji Malaysia yang menerima tawaran mengerjakan ibadah itu bagi musim 2022, terpaksa menolak panggilan disebabkan pelbagai faktor termasuk masalah kesihatan.

Kuota haji Malaysia bagi musim 2022 adalah 14,306 iaitu 45 peratus daripada kuota tahunan yang biasa diterima dan peratusan sama terpakai kepada semua negara.

Dalam pada itu, Syed Saleh berkata, Tabung Haji akan memberikan maklumat mengenai butiran penerbangan dan lapor diri di stesen berlepas secara berperingkat mulai pada minggu depan dan penerbangan pertama pada 4 Jun manakala terakhir dijangka pada 2 Julai.

Katanya, jadual itu diperoleh selepas negara ini mendapat kelulusan penerbangan daripada Suruhanjaya Penerbangan Arab Saudi (GACA).

“Malaysia Airlines Berhad dan Saudia Airlines ditugaskan membawa semua 14,306 bakal jemaah menerusi kuota masing-masing sebanyak 50 peratus,” katanya.

Syed Saleh kemudian berkata, pihaknya juga mula menghantar 340 petugas haji termasuk kakitangan perubatan bermula 28 Mei bagi membuat persediaan menyambut kumpulan pertama jemaah haji.

Beliau memberitahu, aplikasi baharu THhujjaj diperkenalkan untuk membantu jemaah selain laman sesawang E-Taib dan E-bimbingan seiring keperluan era digitalisasi serta aplikasi disediakan Arab Saudi, Tawakalna dan Eatmarna.

Katanya, pada tahun ini jemaah membabitkan giliran menunaikan haji pada 2020 ditetapkan berusia di bawah 65 tahun, lengkap vaksinasi termasuk dos penggalak.

“Ketika ini, senarai jemaah sudah hampir lengkap dan sudah selesai untuk pengisian kuota. Mereka yang terpilih tetapi menundanya atas sebab keluarga, anak, pendidikan anak serta masalah kesihatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya