Usaha Muhyiddin gabung parti disokong  - Utusan Malaysia

Usaha Muhyiddin gabung parti disokong 

HAMZAH ZAINUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberi kepercayaan penuh kepada presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam usaha membentuk gabungan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU)  akan datang.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi  Bersatu memutuskan untuk memberi mandat penuh kepada presiden parti itu.

“Sehubungan itu, MPT Bersatu memutuskan untuk memberikan mandat penuh kepada Biro Politik yang dipengerusikan oleh Presiden parti untuk membincangkan strategi parti bagi menghadapi PRU yang akan datang bersama parti-parti politik lain.” katanya dalam kenyataan berkenaan mesyuarat MPT Bersatu semalam.

Hamzah memberitahu, dalam mesyuarat itu ada berbincang berkenaan hal pengurusan parti, perkembangan politik tanah air dan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022 yang diadakan pada 12 Mac lalu. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN