SwCorp anjur Jom Tapau tangani pembaziran makanan

SwCorp anjur #Jom Tapau tangani pembaziran makanan

Rizalman Mokhtar mengangkat papan tanda mempromosi Ramadan Tanpa Pembaziran di Bazar Ramadan Jalan Jujur, Bandar Tun Razak, Cheras, semalam.- IHSAN SWCorp
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyasarkan menerusi SWCorp menganjurkan kempen #JomTapau bertujuan mengurangkan pembaziran makanan yang dijangka meningkat pada bulan Ramadan ini

Pengerusi SWCorp , Datuk Rizalman Mokhtar berkata, peralihan ke fasa yang lebih bebas seperti dahulu dijangka meningkatkan kadar pembaziran sisa makanan.

“Mengikut pemerhatian, semua dapat menyambut bulan puasa seperti sedia kala. Kita fikirkan kali ini lebih meriah dan dijangka ada pertambahan dari sudut pembaziran makanan.

“Oleh itu, kita menganjurkan kempen ini (#JomTapau), bertujuan  mengelakkan daripada berlakunya pembaziran makanan.” katanya.

Beliau berkata,  sebanyak  36 peratus daripada keseluruhan sisa yang dilupuskan ke tapak pelupusan adalah sisa makanan (kajian komposisi sisa pepejal mengikut komponen yang dilupuskan di 27 tapak pelupusan tahun 2021),  76 peratus merupakan sisa makanan tidak boleh dielak dan 24 peratus sisa makanan yang boleh dielak. 

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui SWCorp menganjurkan sesi libat urus Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran sempena bulan Ramadan bertemakan #JomTapau.

Aktiviti libat urus ini telah disempurnakan oleh Pengerusi SWCorp, Datuk Rizalman Mokhtar  di lokasi Bazar Ramadan Jalan Jujur, Bandar Tun Razak, Cheras, semalam.

Pengerusi SWCorp itu juga menyarankan kepada seluruh masyarakat agar merancang penyediaan makanan dengan baik bagi mengelak pembaziran.

“Langkah yang boleh dilakukan adalah, membuat senarai pembelian, menyimpan secara tersusun mengikut tarikh luput, menggunakan bahan mudah rosak terlebih dulu, bersedekah,dan masak dalam kuantiti secukupnya.” katanya.

#JomTapau adalah satu kaedah disarankan SWCorp oleh  agar masyarakat mempraktikkan amalan bungkus atau menyimpan lebihan makanan bagi mengelakkan ia dibazirkan.

Kempen ini dilaksanakan dengan kerjasama masyarakat setempat serta penglibatan kumpulan sasaran iaitu perhotelan, restoran, pasar raya, pasar awam, komuniti dan sekolah menerusi program libat urus di lapangan.-UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN