Program Semarak Ramadan YBR rai asnaf, anak yatim

Program Semarak Ramadan YBR rai 100 asnaf, anak yatim

NOH Omar (tengah), Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (kiri) dan Pengarah Program Gerakan Mahasiswa Tanjong Karang, Mohamad Firdaus Mohd Yusof (kanan) bersama peserta Program Semarak Ramadan di Tanjong Karang, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Gerakan Mahasiswa Tanjong Karang (GEMA) menganjurkan Program Semarak Ramadan dalam usaha menyantuni golongan asnaf dan anak yatim di samping mengeratkan silaturahim antara organisasi luar.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, program itu adalah inisiatif dalam memberi sedikit kebahagiaan kepada mereka yang tidak bernasib baik tatkala berhadapan dengan pasca pandemik Covid-19 serta memberi sinar keceriaan dalam menyambut bulan Ramadan.

“Saya berharap lebih banyak program sebegini diadakan yang mana ia sekali gus merapatkan lagi ukhuwah antara organisasi luar dengan masyarakat sesama bangsa dan agama,” katanya sempena Program Semarak Ramadan di Tanjong Karang, dekat sini, semalam.

Yang hadir sama  Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datuk Mohd. Shahrizal Sahri dan Pengurus Jabatan Program YBR, Mohd. Mukhti Abd. Rahman.

Noh berkata, program itu memfokuskan mereka yang tidak bernasib baik dan kurang mendapat perhatian daripada masyarakat luar.

Dalam pada itu,  Mohd. Shahrizal berkata, program yang melibatkan 100 peserta itu diharapkan dapat memberi sedikit ilmu serta pengalaman kepada mereka dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang bulan Ramadan.

Pengisian program tersebut termasuk gotong-royong menyediakan bubur lambuk, majlis berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah, solat Isyak dan tarawih, moreh, slot motivasi, Gerak Sahur, Qiamullai dan solat subuh berjemaah serta riadah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya