Penuntut USM maut jatuh tingkat lapan - Utusan Malaysia

Penuntut USM maut jatuh tingkat lapan

PENUNTUT Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM, Lukman Hakim Mat Rani, 22, ditemukan maut dipercayai terjatuh dari tingkat lapan Desa Siswa Tekun, Georgetown, Pulau Pinang malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seorang penuntut Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM) ditemukan maut dipercayai terjatuh dari tingkat lapan Desa Siswa Tekun, di sini malam tadi.

Mangsa, Lukman Hakim Mat Rani, 22, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di pekarangan bangunan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian melibatkan seorang penuntut di universiti berkenaan kira-kira pukul 10.30 malam.

“Mayat pelajar tersebut kini berada di Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi menunggu proses bedah siasat dijalankan termasuk ujian saringan Covid-19.

“Polis mengenal pasti rakan sebilik si mati dan akan memanggil mereka untuk beri keterangan mengenai kejadian itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Soffian memberitahu, siasatan lanjut masih dijalankan dan polis ketika ini mengklasifikasikan kematian pelajar tersebut sebagai mati mengejut (SDR). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya