Penguatkuasaan lemah punca RON95 'dibeli' warga Singapura

Penguatkuasaan lemah punca RON95 ‘dibeli’ warga Singapura

RADEN MOHAMMAD AZWAN NAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Isu pembelian petrol RON95 oleh warganegara Singapura yang dilihat gagal dikekang disebabkan penguatkuasaan yang lemah oleh mereka yang dipertanggungjawab.

Ahli Dewan Muda Johor, Raden Mohammad Azwan Naharudin berkata, itu antara faktor yang menyebabkan segelintir rakyat republik berkenaan memandang ringan undang-undang berkaitan dan terus mengambil kesempatan.

Katanya, hanya penguatkuasaan yang tegas dan berterusan akan dapat mendidik golongan berkenaan sedar hak warganegara ini.

“Sudah dua tahun sempadan antarabangsa Malaysia-Singapura ditutup, jadi mungkin terdapat kelonggaran dalam aspek berkenaan apabila sempadan dibuka semula 1 April lalu,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, pemantauan berkala yang dilakukan anggota penguat kuasa dilihat tidak berkesan sebaliknya ia perlu disusuli tindakan tegas terhadap semua pihak terlibat.

“Penguat kuasa tidak seharusnya bertolak ansur dalam soal ini sebaliknya ambil tindakan tegas terhadap pengusaha stesen minyak, undang-undang sudah ada, kenapa tidak kuat kuasa,” soalnya.

Sementara itu, pihaknya juga berharap agar pengusaha stesen minyak lebih bertanggungjawab dalam memastikan undang-undang itu dipatuhi pelanggan mereka daripada luar negara.

“Jika pengusaha stesen minyak lebih bertanggungjawab pasti perkara ini dapat dielakkan daripada terus berlaku,” ujarnya.

Beberapa hari lalu, tular di media sosial gambar-gambar menunjukkan kenderaan bernombor pendaftaran Singapura mengisi minyak jenis RON95 sedangkan minyak jenis itu merupakan barang kawalan dan dikhususkan kepada warganegara Malaysia sahaja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN