Penganggur didakwa 10 pertuduhan tipu urusan jual beli telefon bimbit

Penganggur didakwa 10 pertuduhan tipu urusan jual beli telefon bimbit

A. JEGATHIS (tengah) didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas 10 pertuduhan memperdaya dan menipu mangsa dalam urusan jual beli telefon bimbit berjumlah RM26,150 sejak akhir tahun lalu. - FOTO/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas 10 pertuduhan memperdaya dan menipu mangsa dalam urusan jual beli telefon bimbit berjumlah RM26,150 sejak akhir tahun lalu. 

Tertuduh, A. Jegathis, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Mohd. Firdaus Saleh. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah memperdaya sembilan mangsa dengan sengaja mempercayainya telah membuat pembayaran bagi pembelian pelbagai jenis telefon bimbit. 

Tertuduh telah menunjukkan tangkap layar transaksi pindahan wang yang telah diubah suai yang telah menyebabkan mangsa menyerahkan telefon bimbit tersebut dengan nilai keseluruhan berjumlah RM22,850. 

Kesalahan itu dilakukan antara 18 Disember 2021 hingga 22 Januari 2022 di pelbagai lokasi di daerah ini. 

Sehubungan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan. 

Dalam pada itu, tertuduh turut didakwa atas satu lagi pertuduhan menipu seorang wanita yang mempercayai tertuduh telah membuat pembayaran sebanyak RM3,300 ke dalam akaun banknya dengan menunjukkan tangkap layar transaksi pindahan wang yang telah diubah suai yang mana mangsa tidak akan menyerahkan telefon bimbit jenis iPhone 13 jika tidak diperdayakan. 

Kesalahan itu dilakukan pada 17 Februari 2022 di Stesen Bas Terminal One, Seremban. 

Berikutan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan. 

Dalam prosiding kes, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Noor Azizi Abdull Aziz yang mewakili Jegathis, memohon tertuduh diberi jaminan rendah atas alasan dia mempunyai 10 pertuduhan serta akan dijamin oleh isterinya yang merupakan suri rumah.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM26,500 bagi kesemua pertuduhan dan kes akan disebut semula 21 April depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya