Najwan tanding MPP, Timbalan Ketua Cabang PKR Shah Alam - Utusan Malaysia

Najwan tanding MPP, Timbalan Ketua Cabang PKR Shah Alam

NAJWAN HALIMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi menawarkan diri sebagai calon Timbalan Ketua Cabang PKR Shah Alam pada pemilihan parti itu bulan depan.

Selain itu, beliau turut mengumumkan bakal bertanding sebagai calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR. 

Najwan berkata, beliau selaku wakil rakyat sejak 2018 komited memastikan suara dan aspirasi masyarakat diberi perhatian serius oleh kerajaan negeri.   

Berbekalkan pengalaman menerajui sayap pemuda PKR Selangor, katanya, pengukuhan organisasi dan perkaderan anggota baharu sentiasa difokuskan dalam gerak kerja politiknya.

“Ia terbukti menerusi pendaftaran ranting-ranting dan pertambahan jumlah anggota PKR Cabang Shah Alam yang kini lebih 11,000 anggota.

“Justeru, saya dengan rendah diri mengesahkan hasrat untuk menjadi calon Timbalan Ketua Cabang dan calon MPP pada pemilihan kali ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 Jelas Najwan, keputusan itu dibuat selepas berbincang dan mendengar pandangan semua pihak sama di peringkat Cabang, negeri dan pusat.

 “Saya menawarkan khidmat dalam ikhtiar untuk memperkukuhkan lagi organisasi parti dan memperkuatkan institusi presiden.

“Selain itu, saya mahu menyusun gerak kerja PKR terutama dalam menggembleng kekuatan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” ujarnya.

Tambah beliau, Pemilihan PKR kali ini diharap dapat dilaksanakan dengan penuh hemah selain mengangkat politik berasaskan nilai, idea dan khidmat kepada parti serta anggota. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya