Mayat mendiang Nagaenthran dijangka tiba di Ipoh pukul 11 malam

Mayat mendiang Nagaenthran dijangka tiba di Ipoh pukul 11 malam

RUMAH keluarga Nagaenthran Dharmalingam di Tanjung Rambutan, Ipoh ketika tinjauan hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Mayat mendiang Nagaenthran Dharmalingam yang menjalani hukuman gantung di Singapura hari ini atas kesalahan menyeludup dadah dijangka tiba di rumah keluarganya di Tanjung Rambutan di sini pukul 11 malam ini.

Rakan terdekat keluarga mendiang dikenali Mani berkata, ibu mendiang, S. Panchalai baharu tiba dari Singapura pagi tadi dan enggan diganggu ketika ini.

“Urusan membawa balik mayat Nagaenthran diuruskan abangnya yang masih berada di sana. Buat masa ini, beri mereka masa. 

“Datang kembali ke sini (rumah mendiang) pada pukul 9 malam untuk bertemu ibu atau adik-beradik mendiang,” katanya ketika ditemui di pekarangan rumah keluarga Nagaenthran di sini hari ini.

Menurut Mani, upacara pengebumian mendiang akan diadakan Jumaat ini namun belum ada sebarang keputusan mengenai lokasi upacara itu sama ada di Bercham atau Buntong. 

Nagaenthran, 34, dijatuhi hukuman gantung bagi kesalahan menyeludup dadah jenis heroin seberat 44 gram (g) memasuki Singapura, yang melaksanakan antara hukuman terberat di dunia bagi kesalahan berkaitan dadah.

Suspek ditahan pihak berkuasa Singapura pada 22 April 2009 ketika berusia 21 tahun di Pusat Pemeriksaan Woodlands ketika melintasi sempadan Malaysia dan Singapura, dengan dadah itu didapati dilekatkan di paha kirinya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya