MAFI siasat dakwaan keraguan status halal rumah sembelih

MAFI siasat dakwaan keraguan status halal rumah sembelih

 RONALD KIANDEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUCHONG: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan menyiasat pendedahan Utusan Malaysia berhubung sebuah rumah penyembelihan haiwan di Australia yang status halalnya didakwa diragui. 

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, kementerian tidak berkompromi serta bertolak ansur dalam soal keselamatan makanan dan aspek halal daging yang diimport ke dalam negara. 

“Pihak kementerian akan menyiasat berita (pendedahan) ini. Sudah tentu saya akan memaklumkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk melihat kepada ini. 

“Kita mengambil berat isu kesihatan dan keselamatan makanan serta isu halal bagi setiap produk halal yang dibawa masuk ke dalam negara ini. ” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Duit Syiling Peringatan 50 Tahun LKIM, di sini hari ini. 

Laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini mendedahkan, status halal sebuah rumah penyembelihan haiwan di Australia yang turut mengeksport daging ke Malaysia diragui apa­ bila prosedur penyembelihan didakwa tidak mengikut syariat Islam.

Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Presiden Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas), Faizan Mohd. Nor mendakwa, beliau mempu­nyai bukti menerusi maklumat daripada pekerja rumah pe­nyembelihan itu termasuk rakaman video yang mendedahkan ketidakpatuhan prosedur pe­nyembelihan halal yang berlaku bertahun­-tahun.

Mengulas lanjut, Ronald menjelaskan,  semua loji ternakan dan pemprosesan hasil ternakan yang dibawa masuk ke Malaysia perlu melalui pengauditan yang ketat daripada beberapa agensi di negara ini. 

Tambahnya, ini termasuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Kesihatan. 

“Jadi kita cuma membenarkan produk-produk makanan ternakan dari luar masuk dibawa masuk melalui loji-loji yang telah diberi pengiktirafan oleh negara kita.,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya