Lebih 5.3 juta penduduk melarikan diri dari perang di Ukraine - Utusan Malaysia

Lebih 5.3 juta penduduk melarikan diri dari perang di Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Lebih 5.3 juta penduduk Ukraine sudah meninggalkan negara itu sejak insiden pencerobohan Russia dua bulan lalu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan lebih 52,000 penduduk lagi melarikan diri dari negara itu dalam tempoh 24 jam.

Secara keseluruhannya, seramai 5,317,219 pelarian Ukraine meninggalkan negara sejak 24 Februari lalu.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan 52,452 berbanding angka dikeluarkan pada Selasa lalu

Ia berdasarkan data terkini yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).

Sementara itu, Ukraine mendakwa pasukan tenteranya berjaya menghalang enam serangan Russia di wilayah Donetsk dan Luhansk.

Memetik laporan Al Jazeera, tentera Ukraine mendakwa berjaya memusnahkan lima kereta kebal, sebuah sistem artileri, 21 kenderaan berperisai, sebuah kenderaan tempur, sebuah kereta dan kenderaan anti pesawat. – AFP/AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya