E-penempatan dibuka semula selepas empat kali tertangguh

E-penempatan dibuka semula selepas empat kali tertangguh

Kerajaan disaran meneliti semula mekanisme meningkatkan pendapatan doktor melalui pemberian elaun khas atau tambahan, berbanding langkah memotong elaun ahli Parlimen bagi tujuan sama.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelaksanaan semula sistem e-penempatan bagi pegawai perubatan kontrak dilaporkan telah dibuka semula, sekali gus memberi kelegaan kepada kumpulan doktor yang terlibat selepas empat kali tertangguh sejak Februari lalu.

Jurucakap Gerakan Hartal Doktor Kontrak berkata, sistem tersebut mula dibuka pada Selasa lalu dan setakat ini, tiada aduan besar diterima berkaitan masalah capaian atau gangguan sistem seperti yang berlaku sebelum ini.

“Sehingga sekarang pelaksanaannya berjalan lancar. Tiada masalah teknikal atau gangguan sistem seperti sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau turut memaklumkan bahawa pendekatan baharu yang digunakan kali ini jauh lebih baik berbanding sebelum ini kerana tidak lagi menggunakan kaedah ‘siapa cepat, dia dapat’ atau ‘first come, first serve’.

“Apa yang lebih baik, proses (pemilihan) bagi e-penempatan kali ini tidak lagi berdasarkan prinsip ‘first come, first serve’.

“Sudah pasti, ini memberi ruang kepada (doktor) pegawai perubatan kontrak untuk membuat pilihan penempatan baharu mereka dengan lebih tenang dan teliti,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, sistem e-penempatan ketika ini ditutup sementara bagi tujuan penyelenggaraan bermula 28 Jun hingga 1 Julai ini.

Mengulas perkara itu, jurucakap berkenaan berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penutupan sementara tersebut dan setakat ini tidak me­nerima sebarang aduan daripada doktor yang terlibat.

Terdahulu, akhbar ini mela­porkan, pelaksanaan sistem tersebut dijadualkan dibuka semula selewat-lewatnya akhir Mei, namun ditangguhkan sekali lagi ekoran beberapa gangguan teknikal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN