Konflik Palestin: Doa qunut nazilah di masjid utama Jakim bermula malam ini - Utusan Malaysia

Konflik Palestin: Doa qunut nazilah di masjid utama Jakim bermula malam ini

PENDUDUK Palestin bertempur dengan pasukan keselamatan Israel di pekarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi masjid utamanya di Kuala Lumpur dan Putrajaya akan melaksanakan bacaan doa qunut nazilah semasa solat sunat witir setiap malam bermula malam ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, ia adalah bagi mendoakan keselamatan dan keamanan buat umat Islam di Palestin yang kini berdepan konflik.

“Terkini, Masjid al-Aqsa diceroboh dalam keadaan umat Islam sedang memberi tumpuan beribadah di bulan Ramadan yang mulia ini.

“Justeru, Jakim mengambil inisiatif melalui masjid-masjid utamanya iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk melaksanakan bacaan doa qunut nazilah itu,” katanyab menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, Jakim juga memohon kerjasama dan jasa baik Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) di seluruh Malaysia untuk turut sama mengadakan bacaan doa qunut nazilah di semua masjid dan surau di bawah seliaan masing-masing.

Hakimah berkata, pihaknya juga menyeru seluruh Keluarga Malaysia untuk sama-sama terus berdoa agar Malaysia sentiasa kekal aman, makmur dan sejahtera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.