Jual minyak masak terpakai kepada MBPJ dalam bekalan telur setahun

Jual minyak masak terpakai kepada MBPJ dalam bekalan telur ayam setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menganjur Kempen Pengumpulan Minyak Masak Terpakai yang merupakan inisiatif 3R MBPJ untuk
mempromosikan cara hidup lestari ke arah mewujudkan masyarakat di bandar raya ini yang prihatin terhadap pemeliharaan alam sekitar.

Pada tahun 2021 dan sehingga Mac 2022, sebanyak 1,987 kg minyak masak terpakai telah berjaya dikumpulkan dan dikitar semula menjadi bio-disel, sabun dan lilin.

Pada tahun ini, Kempen Pengumpulan Minyak masak Terpakai bersempena Ramadan tahun 2022 kembali lagi di Bazar Ramadan dan premis Majlis yang lain serta terbuka juga untuk penduduk Petaling Jaya.

Lokasi pengumpulan minyak masak terpakai bersempena bulan Ramadan ini adalah di tujuh (7) lokasi. Empat (4) lokasi adalah di bazar Ramadan adalah di Taman Medan PJS 2, Kelana Jaya SS6, Seksyen 4 Kota Damansara dan Damansara Damai PJU 10.

Waktu penghantaran minyak masak terpakai adalah daripada pukul 4 petang sehingga pukul 6.30 petang. Manakala, tiga (3) lagi lokasi adalah di PJ Eco
Recycling Plaza adalah pada Selasa hingga Ahad, pukuil 9 pagi hingga pukul 3.30 petang.

Pusat Kitar Semula Tasik Taman Jaya adalah Isnin hingga Jumaat, pukul 9 pagi hingga pukul 3.30 petang.

Kakitangan MBPJ adalah digalakkan mengambil bahagian demi memaparkan komitmen Majlis ke arah PJSSR 2030.

Bersempena dengan promosi kempen pada bulan Ramadan, minyak masak terpakai akan dibeli oleh pihak MBPJ dengan harga RM1 setiap kilogram.

Pertandingan mengumpul minyak masak terpakai yang paling banyak juga dianjurkan. Kriteria berasaskan kepada pengitar yang menjual minyak masak terpakai paling banyak secara kumulatif dalam tempoh pertandingan iaitu sehingga 28 April 2022.

Sebanyak lapan hadiah lumayan secara berikut ditawarkan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan dan hadiah-hadiah lumayan tersebut adalah:

  1. Hadiah utama : bekalan selama 1 tahun telur ayam
  2. Hadiah kedua : bekalan selama 6 bulan telur ayam
  3. Hadiah ketiga : bekalan selama 3 bulan telur ayam
  4. Hadiah saguhati x 5 : bekalan selama 1 bulan telur ayam

Satu papan telur ayam bersamaan satu bulan bekalan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.