Heret anjing kerana kotor, berkutu

Heret anjing kerana kotor, berkutu

TANGKAP layar sebuah video tular memaparkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi sedang menarik seekor anjing menggunakan tali di Johor pada 8 April lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Anjing kotor dan berkutu yang didakwa tidak sesuai untuk dibawa dalam kenderaan.

Itu alasan diberikan individu yang tular dalam satu video di media sosial memaparkan seekor anjing ditarik menggunakan sebuah kereta jenis Perodua Myvi, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, pihaknya telah mengesan seorang lelaki dan seorang wanita berhubung kejadian berkenaan yang dilaporkan berlaku di sebuah kawasan perumahan di Taman Sri Skudai, kelmarin.

RUPIAH ABD. WAHID

“Semasa soal siasat dijalankan, suspek memberitahu anjing berkenaan adalah haiwan peliharaan mereka yang telah dijumpai semula dalam keadaan kotor dan berkutu.

“Sehubungan itu, suspek merasakan tidak sesuai untuk anjing berkenaan dibawa masuk ke dalam kereta, sebaliknya mereka mengikat anjing berkenaan menggunakan ‘leash’ sebelum ditarik perlahan-lahan.

“Suspek juga memaklumkan kawasan anjing berkenaan ditemui tidak jauh daripada kediaman mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Rupiah, suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas kenyataan mereka diambil berhubung kejadian tersebut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan dan Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 dan kertas siasatan akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya Johor untuk tindakan lanjut.

Beberapa hari lalu, tular sebuah video berdurasi sembilan saat di media sosial memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih sedang mengheret seekor anjing menggunakan tali di sebuah kawasan perumahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya