Hampir sebulan bersauh secara haram, kapal dari China ditahan - Utusan Malaysia

Hampir sebulan bersauh secara haram, kapal dari China ditahan

KAPAL tunda dari China yang ditahan selepas dipercayai telah bersauh secara haram sejak Mac lalu di Perairan Johor, di sini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Sebuah kapal tunda dari China yang dipercayai bersauh secara haram sejak Mac lalu ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di kedudukan 26.4 batu nautika Timur Laut Tanjung Penawar, di sini.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal tunda sepanjang 62 meter berdaftar di China itu ditahan pada pukul 2.15 petang oleh bot ronda Maritim Malaysia.

“Hasil pemeriksaan dokumen pengenalan diri mendapati kesemua 15 kru lelaki warga China berusia antara 27 hingga 64 tahun mempunyai pengenalan diri yang sah.

“Bagaimanapun, nakhoda kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia yang dipercayai telah bersauh sejak 17 Mac lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Nurul Hizam, kapal serta kesemua kru ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya, Maritim Malaysia Negeri Johor menasihatkan kesemua syarikat perkapalan agar sentiasa memastikan kapal-kapal di bawah seliaan mereka mematuhi undang-undang dan peraturan di perairan negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN