Gagal seludup 12 kg dadah

Gagal seludup 12 kg dadah

SIMON Templer Lo Tusa (tengah) menunjukkan sepucuk pistol angin serta dadah disyaki jenis syabu yang ditemukan dalam sebuah bot selepas ditahan di perairan Parit Raja, Pontian pukul 6.30 pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Cubaan sekumpulan lelaki menyeludup 12 kilogram dadah menggunakan jalan laut gagal apabila mereka dikesan oleh penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Batu Pahat, kira-kira pukul 6.30 pagi ini.

Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Johor, Kapten Maritim Simon Templer Lo Tusa berkata, kehadiran bot nelayan asing mencurigakan di perairan Parit Raja, Pontian telah dimaklumkan kepada pihaknya sebelum pasukan bertindak menjejaki lokasi berkenaan.

“Sebuah bot Maritim Malaysia diatur gerak ke lokasi bagi memantau dan mengesan suspek sebelum terserempak dengan bot nelayan yang dikendalikan oleh dua lelaki. Sebaik diarahkan berhenti, bot terbabit terus memecut laju dengan menuju ke benteng Parit Raja, Pontian.

“Bagaimanapun, ketika berada berhampiran dengan kawasan daratan, kedua-dua suspek melarikan diri meninggalkan bot tersadai di benteng batu dengan keadaan tenggelam di bahagian belakang,” katanya dalam sidang akhbar di Zon Maritim Batu Pahat, di sini, hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal ke atas bot berwarna coklat tanpa nombor pendaftaran itu dipercayai milik nelayan asing dan pemeriksaan lanjut menemukan sebuah tong ikan mengandungi sebungkus beg plastik berwarna merah yang berisi 12 paket hablur kaca disyaki dadah jenis syabu.

Menurut Simon, selain dadah, pihaknya turut menemukan sepucuk pistol angin berisi tiga butir peluru serta satu telefon bimbit dalam sebuah beg sandang.

“Kesemua barang rampasan ini dibawa ke Zon Maritim Batu Pahat dan kes akan disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api,” katanya.

Tambah beliau, rampasan dadah termasuk bot berukuran 6.4 meter panjang serta satu unit enjin model Yamaha 40 kuasa kuda itu dianggarkan bernilai RM628,800 dan jika berjaya diseludup keluar ke Indonesia, dadah berkenaan boleh digunakan 60,000 penagih. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN