PETALING JAYA : Aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza mendakwa telah diminta hadir ke balai polis pada petang ini untuk disiasat membabitkan satu satira terbaharu yang dimuat naiknya semalam.
Menurutnya, dia dihubungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk disiasat di bawah Akta Hasutan.
“Aku dah terima panggilan telefon dari polis Bukit Aman. Tak sampai 15 jam polis dah buka kertas siasatan bawah #AktaHasutan dan #AktaSakitHati kerana grafik satira #beruk yang aku post malam tadi.
“Polis minta datang balai untuk disoal siasat petang ini juga. Kita jumpa kejap lagi PDRM,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.
Semalam Fahmi memuat naik satira terbaharunya sekali gus mengundang pelbagai persepsi dalam kalangan orang ramai khususnya dalam para pengguna media sosial. – UTUSAN