5.6 juta penumpang

ECRL dijangka tampung 5.6 juta penumpang setahun

Kepala pemotong mesin pengorek bagi kerja-kerja mengorek terowong Genting Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang sedang dalam pembinaan pada sesi lawatan kerja di Bentong 13 Januari lalu. -UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kereta api projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka beroperasi pada 2027 mampu menampung 5.6 juta penumpang setahun atau maksimum 440 penumpang bagi setiap perjalanan menerusi enam gerabaknya.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, setakat ini kemajuan keseluruhan projek tersebut melibatkan empat negeri sudah mencapai 28.5 peratus.

Di Kelantan pula katanya, kerja-kerja sudah mencapai sebanyak 21.5  peratus sedang dilakukan merangkumi jajaran sepanjang 43.86 kilometer.

“Kelantan bakal mempunyai dua stesen iaitu di Tunjung, Kota Bharu dan di Pasir Puteh sebagai stesen penumpang dan kargo.

“Jika penumpang-penumpang yang datang dari Kuala Lumpur atau Kelantan ke Kuala Lumpur ia mengambil masa selama empat jam berbanding sekarang lebih kurang enam hingga tujuh jam.

“Bagaimanapun harga tiket belum  diputuskan lagi,” katanya kepada pemberita pada Majlis Iftar bersama pengamal media dan ketua-ketua jabatan di Hotel Perdana di sini semalam.

Mengulas lanjut Darwis berkata, kerja-kerja infrastruktur melibatkan projek tersebut sedang giat dilakukan membabitkan empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.

Katanya, selain itu pembinaan Terowong Genting sepanjang 16.39 kilometer (km) akan mengambil masa dua tahun setengah yang melibatkan lebih kurang 10 km di Pahang dan enam kilometer di Selangor.

Rangkaian rel sepanjang 665 kilometer yang merangkumi 59 terowong serta beberapa jejambat dengan panjang keseluruhan 127km dianggarkan menelan belanja RM50.27 bilion dan dijadualkan siap pada Disember 2026.

Pembinaannya membabitkan Jajaran Seksyen A dari Kota Bharu, Kelantan ke Dungun, Terengganu manakala Seksyen B dari Dungun ke Mentakab, Pahang dan Seksyen C dari Mentakab ke Pelabuhan Klang, Selangor. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya