loloskan diri

Banduan loloskan diri sudah keluar Negeri Sembilan

POLIS menggiatkan operasi memburu Muhammad Syafiq Rohmat yang masih bebas selepas melarikan diri dari Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, Jabatan Penjara Malaysia, Jelebu, 10 April lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBUl: Seorang lagi banduan tahanan reman yang meloloskan diri dari Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, Jabatan Penjara Malaysia di sini pada 10 April lalu dipercayai berada di luar Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintenden Maslan Udin berkata, banduan terbabit iaitu, Muhammad Syafiq Rohmat, 32, dengan nama gelaran Umai kini dinotiskan sebagai individu dikehendaki polis dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan.

“Dia dipercayai sudah keluar dari daerah ini dan mungkin sudah berada di luar Negeri Sembilan. Banduan ini yang paling awal melarikan diri dalam kejadian tersebut.

“Bagaimanapun kami masih giat kesan lokasi di mana dia berada ketika ini, berkemungkinan telah melarikan diri dari negeri ini, kita juga turut dibantu polis kontinjen lain bagi mengesannya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai banduan ini, boleh salurkannya ke mana-mana balai polis berhampiran ataupun ke Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu di talian 06-6136 222 atau pegawai penyiasat Inspektor Zuria Anis Mahassan di talian 016-6096 996,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada 18 April lepas, enam orang banduan tahanan reman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bahau, Jempol atas kesalahan melarikan diri dari tahanan yang sah di Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, Jabatan Penjara Malaysia.

Tertuduh, Sohaimi Khalid, 50; Mohd. Zairizan Zainal, 42; Shazuan Md Sharif, 32; Mazlan Samah, 39; Mohamad Aminuddin Khan Mohd Yusof, 28 dan seorang bukan warganegara bernama Zainuddin, 62, membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Muhammad Hidayat Wahab.

Berdasarkan pertuduhan bersama berkenaan, kesemuanya bersama seorang lagi tahanan yang masih bebas iaitu Muhammad Syafiq pada 10 April lalu kira-kira pukul 2 petang di Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, Jabatan Penjara Malaysia, didapati dengan sengaja mengambil peluang telah melarikan diri dari tahanan yang sah mengikut undang-undang.

Oleh itu, kesemua tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya