YBR salur RM2.75 juta bantuan persekolahan 2022

YBR salur RM2.75 juta bantuan persekolahan 2022

ABDUL Rahman Bakri (kanan, baju biru) dan Megat Zulkarnain Omardin (tengah, baju biru) bersama 250 murid penerima bantuan Program Back To School daripada YBR di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Seramai 500 murid sekolah rendah dan pelajar menengah di daerah ini menerima bantuan persekolahan sebanyak RM100 setiap seorang daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR) sebagai persiapan pembukaan sekolah bagi tahun ini.

Bantuan tersebut melibatkan jumlah sebanyak RM50,000 yang merupakan sebahagian daripada RM2.75 juta peruntukan daripada YBR bagi tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, sumbangan yayasan itu bagi meringankan beban rakyat dalam kalangan kumpulan B40 termasuk melibatkan urusan kewangan dalam menyediakan kelengkapan sekolah murid.

“Cakna dengan situasi masyarakat yang terkesan akibat Covid-19 yang melanda sejak dua tahun ini dan melihat kepada keadaan ekonomi yang tidak menentu,  diharapkan dapat membantu keluarga membuat persiapan awal untuk anak-anak dalam memulakan sesi akademik persekolahan tahun ini.

“Bantuan yang disalurkan kepada mereka yang layak ini sedikit sebanyak dapat memberi suntikan semangat kepada anak-anak untuk terus menuntut ilmu serta sebagai tanda ikhlas YBR dalam membantu mereka yang memerlukan dalam meneruskan kehidupan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir menyampaikan bantuan kepada 250 murid dalam Program Back To School anjuran YBR di Sungai Air Tawar yang turut dihadiri Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datuk Dr. Abdul Rahman Bakri.

Program berkenaan kemudian diteruskan di Tanjong Karang, Kuala Selangor pada sebelah petang melibatkan 250 lagi penerima bantuan persekolahan.

Sehingga kini, YBR sudah menyerahkan bantuan sebanyak RM5.12 juta kepada seramai 39,397 murid yang menerima manfaat dalam program bantuan persekolahan.

Dalam pada itu, Abdul Rahman Bakri memaklumkan selain persekolahan, YBR  menyediakan bantuan lain berkaitan pendidikan termasuk kepada mahasiswa bagi kemasukan ke universiti.

“Bantuan yang diberikan kepada murid seperti hari ini adalah secara one-off atau sekali sahaja tetapi YBR juga meneruskan kesinambungan dengan melaksanakan program tuisyen percuma pada tahun ini khusus kepada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

“Program tersebut bukan sahaja melibatkan kawasan tertentu, tetapi menyasarkan murid khususnya dalam keluarga B40 di seluruh negara,” ujarnya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya