Warga emas pengsan atas bumbung kerana penat - Utusan Malaysia

Warga emas pengsan atas bumbung kerana penat

ANGGOTA bomba membawa turun lelaki warga emas yang pengsan di atas bumbung rumahnya di Kampung Ampang Baru, Ipoh hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang lelaki berusia 89 tahun yang pengsan ketika membaiki bumbung rumah di Kampung Ampang Baru di sini, diselamatkan pasukan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Mohd. Azman Husin berkata, pihaknya menerima panggilan untuk menyelamatkan mangsa pada pukul 3.10 petang tadi.

Katanya, sebuah jentera dengan 10 anggota bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) segera dihantar ke lokasi kejadian.

“Setibanya anggota di sana, didapati lelaki warga emas itu tidak sedarkan diri di atas bumbung rumahnya. Kejadian berlaku ketika mangsa sedang membaiki kebocoran bumbung.

“Anggota menggunakan tangga jentera dan ‘stretcher’ bagi menurunkan mangsa sebelum dia diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut.

“Mangsa kemungkinan pitam akibat kepenatan,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN