Sabah sedia terima kedatangan pelawat antarabangsa

Sabah sedia terima kedatangan pelawat antarabangsa

LAPANGAN Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Sabah bersedia mengalu-alukan kedatangan pelawat antarabangsa yang dilihat akan membantu pemulihan ekonomi negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ekonomi Sabah terjejas teruk sejak penutupan sempadan antarabangsa kira-kira dua tahun lalu kerana sektor pelancongan adalah antara sumber pendapatan utama negeri.

HAJIJI NOOR

Pembukaan semula sempadan negara bermula 1 April ini amat ditunggu-tunggu dan pastinya memberi manfaat besar kepada Sabah.

Walau bagaimanapun, Hajiji berkata, Sabah akan menunggu pengumuman terperinci supaya ia boleh menyelaraskan SOP untuk memenuhi keadaan dan keperluan negeri Sabah.

Menurut beliau, dalam beberapa pertemuan bersama pemain industri pelancongan, pembukaan semula sempadan antara perkara yang sering didesak.

Baru-baru ini, Hajiji mengadakan perbincangan panjang lebar dengan Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Tan Kok Liang yang merayu supaya pembukaan semula sempadan antarabangsa dilakukan.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, sempadan negara akan dibuka semula pada 1 April maka, rakyat Malaysia yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah boleh masuk dan keluar negara seperti dilakukan sebelum pandemik.

Pengembara yang telah menerima vaksin penuh tidak perlu menjalani kuarantin apabila pulang ke Malaysia, sebaliknya, mereka hanya perlu menjalani ujian Covid-19 sebelum berlepas dan ketika ketibaan.

Ismail berkata, keputusan untuk membuka semula sempadan dibuat berdasarkan sains dan fakta terkini mengenai Covid-19, dengan menyatakan bahawa negara lain juga telah mula membuka sempadan mereka.

Sempadan negara ditutup sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) pertama pada Mac 2020. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN