[PAU 2021] UMNO miliki lebih tiga juta ahli - Utusan Malaysia

[PAU 2021] UMNO miliki lebih tiga juta ahli

KEWUJUDAN dua kem dalam UMNO kini tidak boleh dinafikan dan terserah kepada kepemimpinan parti untuk menyelesaikannya secara bijaksana.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO kini memiliki 3,391,236 keahlian yang membabitkan 22,274 cawangan dan 191 bahagian di seluruh negara.

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (tengah) menyempurnakan upacara menaikkan bendera Sang Saka Bangsa sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Dataran Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Sabah mencatatkan negeri tertinggi keahlian iaitu 594,631 orang diikuti Johor (452,642), Selangor (426,109) dan Kedah (300,564).

“Ini menjadikan UMNO tetap kekal sebagai parti politik yang terbesar dengan bilangan ahli paling ramai di Malaysia,” katanya dalam Majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

SEBAHAGIAN barisan kepimpinan tertinggi UMNO yang berbaris ketika acara nyanyian lagu Sang Saka Bangsa semasa Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. – UTUSAN/AMIR KHALID

Menurut Ahmad, terdapat kelab-kelab UMNO di seluruh dunia berjumlah 20 buah iaitu lapan buah di United Kingdom, satu Ireland, dua di Indonesia, tiga di Australia, empat di New Zealand dan dua di Mesir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya