MySejahtera tidak dijual kepada syarikat swasta - Khairy - Utusan Malaysia

MySejahtera tidak dijual kepada syarikat swasta – Khairy

KHAIRY JAMALUDDIN menafikan aplikasi MySejahtera dijual kepada swasta.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah menjual aplikasi MySejahtera kepada mana-mana syarikat swasta.

Menurut beliau, sejak 26 November 2021, pihak kerajaan telah memutuskan bahawa aplikasi MySejahtera adalah hak milik kerajaan dan Kementerian Kesihatan dilantik sebagai pemilik utama aplikasi untuk pengurusan kesihatan awam negara.

“Selain itu, kerajaan tidak pernah membuat sebarang bayaran kepada syarikat KPISOFT (M) Sdn. Bhd (KPISOFT) yang telah membangunkan aplikasi MySejahtera sepanjang tempoh penggunaan aplikasi ini dari 27 Mac 2020 hingga 31 Mac 2021.

“Perkara ini adalah berdasarkan ketetapan syarikat yang telah menawarkan penggunaan aplikasi MySejahtera kepada kerajaan untuk tempoh setahun tanpa sebarang bayaran berdasarkan prinsip tanggungjawab korporat sosial (CSR) syarikat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas isu status pemilikan aplikasi MySejahtera yang dibangkitkan oleh beberapa pihak termasuk kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk ‘Penjualan Aplikasi MySejahtera Kepada Syarikat Swasta’.

Jelas Khairy, setelah tamat tempoh CSR, kerajaan pada 31 Mac 2021 bersetuju supaya perkhidmatan MySejahtera diteruskan.

Tambahnya, kerajaan pada 26 November 2021 turut menetapkan supaya kementerian menubuhkan Jawatankuasa Rundingan Harga dengan keahlian yang terdiri daripada agensi pemegang taruh berkaitan untuk melaksanakan rundingan harga perolehan dan pengurusan perkhidmatan aplikasi MySejahtera dengan pihak syarikat untuk tempoh dua tahun, selaras dengan tatacara perolehan kerajaan.

 

MySejahtera

Selain itu, katanya, skop perolehan dan pengurusan aplikasi MySejahtera antaranya merangkumi pengoperasian platform MySejahtera, pembangunan sistem termasuk pembangunan modul tambahan, penyelenggaraan, pengurusan pusat data dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ketiga yang meliputi langganan ke atas perkhidmatan Google Map and Places Application Programming Interface (API) dan perkhidmatan Short Messaging Service (SMS).

Oleh itu, kata Khairy, Kementerian Kewangan melalui surat bertarikh 28 Februari 2022 bersetuju meluluskan permohonan Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan perolehan bagi pengurusan aplikasi MySejahtera dan dimuktamad di peringkat Kementerian Kewangan.

“Proses rundingan ini telah dimulakan dan Kementerian Kesihatan akan memastikan due diligence dilakukan bagi memelihara kepentingan kerajaan.

“Kementerian Kesihatan juga ingin menegaskan bahawa data MySejahtera adalah di bawah penyeliaan kementerian ini sejak ia mula digunakan.

“Segala pengurusan data akan melalui proses tadbir urus data yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan,” katanya.

Tambahnya, penggunaan dan pengurusan data MySejahtera perlu mematuhi Aka Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Akta Perubatan 1971 dan piawaian antarabangsa.

“Sehubungan itu, data MySejahtera tidak boleh dikongsi oleh Kementerian Kesihatan dengan mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

“Selain itu, transaksi data daripada aplikasi MySejahtera dimuat naik ke jaringan pelayan awan (cloud server network) setiap hari dan hanya boleh diakses untuk kegunaan aplikasi MySejahtera sahaja.

“Kementerian Kesihatan berharap orang ramai akan terus menggunakan aplikasi MySejehtera tapa ragu- ragu. Kerahsiaan data orang ramai adalah terjamin dan Kementerian Kesihatan akan sentiasa memastikan aspek ini tidak dikompromi,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya