MPP UiTM Se-Malaysia selar pensyarah hina B40

MPP UiTM Se-Malaysia selar pensyarah hina B40

KAMPUS UiTM di SHAH ALAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Se-Malaysia menyelar tindakan seorang pensyarah universiti berkenaan yang disifatkan menghina pelajar daripada  keluarga B40. 

Yang Dipertua MPP UiTM Se-Malaysia, Rasydan Mohd. Hassan berkata, kenyataan yang dikeluarkan Profesor Dr. Ts. Roshana Takim dalam video yang tular sejak semalam merupakan tindakan luar norma dan tidak beretika terhadap seorang mahasiswa. 

Menurutnya, sejarah UiTM dibina atas dasar membantu lebih ramai mahasiswa Melayu dan Bumiputera bagi mendapatkan pendidikan di peringkat tertinggi.

“Kenyataan menghina dan memperlekeh golongan B40 adalah tidak wajar dibuat mana-mana pihak. 

“Saya mewakili seluruh keluarga MPP UiTM mendesak pengurusan tertinggi universiti untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan yang wajar dan selayaknya kerana pensyarah berkenaan sudah merosakkan imej universiti keramat ini. 

“Pensyarah berkenaan perlu memahami keadaan negara yang sedang berhadapan dengan situasi pandemik yang menyebabkan hampir semua rakyat di Malaysia berhadapan dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Menurutnya, manifestasi yang sering disuarakan oleh pihak pengurusan universiti bahawa mahasiswa adalah tonggak universiti perlulah dizahirka dengan mengambil tindakan tegas kepada pensyarah berkenaan dan juga kepada mana-mana individu yang membuat tindakan sama selepas ini. 

Terdahulu, tular sebuah video dalam media sosial sejak semalam yang memaparkan seorang pensyarah wanita memarahi pelajar lelakinya yang tidak mempunyai komputer sebaliknya masuk ke kelas dalam talian menggunakan telefon pintar. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.